Membezakan antara kreatif dan inovasi Daya_kreatif

Ia sering kali berguna untuk membezakan antara kreatif dan inovasi.

Kreatif biasanya digunakan bagi merujuk kepada tindakan menghasilkan idea baru, pendekatan atau tindakan, sementara inovasi merupakan proses menghasilkan dan menggunakan kreatif sebegitu dalam bentuk tertentu.

Dalam konteks organisasi, istilah inovasi sering kali digunakan bagi merujuk keseluruhan proses di mana organisasi menghasilkan idea kreatif baru dan menukarkannya menjadi barangan, perkhidmatan, dan amalan perniagaan yang berlainan, berguna dan memiliki daya komesial, sementara istilah krestif dikhususkan bagi kegunaan khusus dalam proses penghasilan idea berlainan oleh individual atau kumpulan, sebagai langkah perlu dalam proses inovasi.

Sebagai contoh, Amabile et al. (1996) mencadangkan bahawa inovasi "bermula dengan idea kreatif,"

"...creativity by individuals and teams is a starting point for innovation; the first is a necessary but not sufficient condition for the second."[1]

Sungguhpun kedua perkataan adalah berlainan, ia adalah seriring. Untuk berinovasi, pekerja perlu menjadi kreatif ujtuk kekal bersaing.

Lagi satu konsep penting dalam perbincangan istilah kreatif dan inovasi merupakan idea "novel" atau baru. pemikiran atau perlakuan yang bersifat kreatif dan seterusnya menjadikan ia berunsur inovatif mestilah mempunyai sifat "novelty" atau baharu - Tidak pernah dilakukan sebelumnya atau tidak yang biasa diketahui umum sebelumnya.